Meninjau ruangan komen, rata-rata peminat dan penonton mengakui bakal merindui keletah dan ragam kedua-dua pengacara itu sepanjang mengacarakan program tersebut.
“Terima kasih kerana pernah menghiburkan kami peminat Muzik-Muzik dengan keletah dan perangai gila-gila tanpa menunjukkan muka penat dan sentiasa bersemangat,” tulis seorang netizen.
Ada juga peminat yang sempat meluahkan kekecewaan berunsur jenaka mengenai pengunduran dua pengacara ini.
“Tahun ini tak ada dah yang nyanyi, ‘Marhaban tiba, marhaban tiba,’” tulisnya, merujuk kepada klip yang tular tahun lalu di mana Sherry tersasul menyanyikan lagu Ramadan Tiba nyanyian penyanyi Indonesia, Opick.
Haziq dan Sherry dipilih untuk mengacarakan program Muzik-Muzik sejak 2018.
Foto: Instagram/@sherry_alhadad