Oleh: Farhana Fuad
Gambar: Instagram Aliff Aziz
Aliff Aziz dan pasangan pilihannya, Bella Astilla dikatakan bakal menikah selepas Aidilfitri Julai nanti. Disember tahun lalu, kedua-dua pasangan ini selamat mengikat tali pertunangan.
Memetik laporan mStar online yang mewawancara penyanyi kelahiran kota singa, “Insya-Allah jika tiada aral melintang kami berdua akan disatukan sebagai suami-isteri selepas hari raya tetapi belum ada sebarang tarikh lagi buat masa ini. Bagaimanapun kami berdua sudah pun mula membuat persiapan kerana tidak mahu melakukan pada saat-saat akhir dan Alhamdulillah sehingga sekarang 40 peratus sudah pun siap. Perancangannya kami hanya akan mengadakan resepsi di Kuala Lumpur dan hanya membuat resepsi kecil-kecilan di Singapura dan Sabah. Mengenai tajaan kami tidak mengharap dan sekiranya ada itu adalah rezeki kami berdua,” jelasnya kepada portal online tersebut.
Sebelum ini, Aliff pernah terpalit dengan kontroversi panas yang mengaitkannya dengan isu anak luar nikah. Bahkan ada yang mendakwa dia mengambil keputusan untuk mengakhiri zaman bujangnya disebabkan isu yang sama.
Gambar: Instagram Aliff Aziz
Gambar: Instagram Aliff Aziz
Gambar: Instagram Aliff Aziz
Biarpun begitu, Aliff tidak mahu mengulas atau memberi komen lanjut mengenai kontroversinya itu. EH! doakan semoga segala persiapan menuju hari bahagia itu berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segala urusan.