Perbicaraan kes saman fitnah Johnny Depp terhadap Amber Heard dilihat membongkar satu kebenaran mengenai tahap kesihatan bekas isterinya.
Seorang ahli psikologi yang diupah oleh peguam Johnny memberi keterangan di mahkamah pada Selasa lalu sekali gus mendedahkan bahawa Amber mengalami gangguan personaliti.
Shannon Curry yang merupakan pakar psikologi klinikal dan forensik berkata, dia memeriksa rekod kesihatan mental bintang Aquaman itu dan menilainya secara peribadi selama 12 jam untuk tempoh masa dua hari iaitu pada 10 Disember dan 17 Disember 2021.
Hasilnya, dia mendapati pelakon berusia 36 tahun itu mempunyai gangguan personaliti ambang dan gangguan personaliti histrionik. “Dia memperoleh markah yang konsisten dengan diagnosis tersebut,” kata Shannon.