Johnny baru-baru ini mengejutkan hadirin di mahkamah apabila membongkar beberapa kebenaran jelik mengenai Amber sewaktu mereka masih bergelar suami isteri.
Bintang Pirates Of The Caribbean mendedahkan dia tidak pernah memukul bekas isterinya atau mana-mana wanita sepanjang hidupnya, sebaliknya dia yang menjadi mangsa penderaan sehingga mengalami kecederaan teruk dan kehilangan sebahagian kecil jari tangannya.
Selain itu dia turut mengemukakan bukti kecurangan Amber bersama James Franco dan Elon Musk pada tahun 2016 sewaktu ketiadaannya di rumah kerana menjalani penggambaran filem di Australia.
Foto: Getty Images
Baca: 5 Perkara Mengejutkan Yang Dibongkar Dalam Perbicaraan Johnny Depp & Amber Heard