Walau kalah dalam kes saman fitnah terhadap Johnny Depp, Amber Heard tetap mahu mendedahkan sisi ceritanya kepada umum.
Selepas diarah membayar ganti rugi sebanyak RM36.5 juta kepada bekas suami, Amber dilaporkan bakal menerbitkan sebuah buku biografi yang mendedahkan segala butiran kehidupan mereka dan penderaan yang dialaminya.
Bintang Aquaman itu didakwa telah bersedia untuk berdepan apa jua kemungkinan kerana berasakan tidak akan menanggung sebarang kerugian kerana kerjaya seninya telah pun musnah.