Ben Amir dan Amelia Henderson, dua individu yang tidak pernah saya fikir akan menjadi gandingan sempurna untuk muka depan EH!. Bila mana foto-foto penggambaran ini dimuat naik di media sosial, sambutannya hangat dan kedua-duanya bertuah miliki fan base yang sangat kuat. Ben Amir dan Amelia Henderson benar-benar ‘vibing together’.
Arahan Kreatif & Penata Gaya: Khairul Abidin, Fotografi: Edmund Lee, Videografi: Simon, Solekan & Grooming: Sheng Saw, Dandanan: Ckay Liow, Pakaian & Aksesori: Calvin Klein.
“You tak nak shoot Amelia and Ben Amir? Dorang ada new series together,” santai Syu (pengurus Amelia) bertanyakan saya saat kami duduk-duduk di satu acara di Pavilion. Sejujurnya saya rasa interesting, satu gandingan yang tak pernah saya bayangkan. Dan bila Calvin Klein menyuarakan hasrat untuk berkolaborasi dengan EH! untuk muka depan April 2023, nama Amelia dan Ben saya letakkan di baris atas kerana saya rasa kedua-duanya ada vibes yang cucuk dengan jenama fesyen kota New York ini. Dan seminggu selepas itu, kami berhimpun di One3Four Studio di Damansara Perdana untuk merakam foto-foto yang anda tatap di laman ini.
Ben tiba ke studio lengkap berpakaian sukan, baru selesai aktiviti kecergasan di gimnasium. Amelia pula hadir dengan balutan gaun satin hijau, terus ke studio dari sebuah acara pelancaran produk penjagaan kulit di St. Regis. Saya yang pada waktu itu ‘tercungap-cungap’ menyusun jadual penggambaran amat berterima kasih kepada Amelia dan Ben yang sanggup menurut jadual saya dan studio, saya sedar mereka sendiri punya banyak kerja yang sudah disusun lebih awal. Amelia sendiri sewaktu penggambaran ini sedang rancak dengan promosi filem Pulau, promosinya bukan sahaja di tanah air malah dia terbang ke Indonesia dan Singapura mempromosi filem seram itu.
Memulakan bicara, saya bertanyakan pada Ben tentang pelajaran terbesar sepanjang dia bergelar selebriti. Kata Ben paling utama adalah hal-hal yang berkaitan privasi. “Satu hal yang penting yang saya belajar bila dikenali, kita usah terlalu expose kehidupan peribadi kita dengan orang luar. Walaupun orang kata sebagai aktor atau selebriti kehidupan kita akan jadi perhatian umum dan ramai orang tahu serba sedikit tentang latar belakang kita, kita perlu hidup untuk diri kita, jangan kongsi semua benda especially hal berkaitan keluarga dan peribadi. Simpan sikit untuk diri kita. Bila kita terlalu banyak berkongsi hal peribadi, orang di luar sana fikir mereka tahu dan kenal tentang diri kita, dan rasa mereka berhak untuk komen atau beri pendapat tentang diri kita. Have a little bit privacy sebaiknya.”
“Bagaimana mengawal kesabaran? Sebagai yang dikenali, ada masanya diduga dan cara Ben bereaksi juga menjadi perhatian?”, soal saya. “Ada masanya sesetengah orang boleh cakap apa sahaja fasal diri kita, dan kadang-kadang kita ada haters, ada saja orang mencari jalan untuk buat kita sakit hati. Bagi saya, kita memang takkan mampu tutup mulut orang dari bercakap, saya takkan mampu nak kawal apa yang orang fikir tentang saya. Bagi saya terpulang, orang boleh berkata apa saja dan saya akan tetap terus hidup dalam dunia saya sendiri.”
Kongsi Ben lagi, dia juga manusia biasa yang jiwanya sarat emosi dan pastinya ada momen-momen yang mencetus kemarahan. “Bila ada rasa marah biasanya saya akan salurkan dengan bersukan. Muay Thai misalnya bagus untuk saya lepaskan tekanan.”
Sudah bergelumang dengan dunia lakonan bertahun-tahun, Ben sudah mengumpul banyak pengalaman. Dan baginya peluang menjalani penggambaran di laur negara adalah satu kesempatan yang sangat berharga. “Saya suka travel, dan bila saya dapat peluang untuk bekerja dan dalam masa yang sama travel, itu satu peluang terbaik. Sudah banyak negara yang saya kunjungi atas tiket sebagai pelakon. Dan kita tahu adakalanya bila kita pergi atas tiket kerja, layanan yang diterima juga berbeza,” kongsinya yang sudah menjalani penggambaran di Switzerland, United Kingdom, Sepanyol, Jepun dan serata negara Asia yang lain.
“Bila pergi untuk penggambaran biasanya kita akan pergi lama, adakalanya sehingga 40 hari. Jadi sepanjang kita di sana banyak pengalaman baru yang saya boleh timba dan belajar.”
“Itu pengalaman terbaik sepanjang bergelar pelakon, bagaimana pula dengan pelajaran paling berharga sepanjang kehidupan setakat ini?,” sambung saya. “Sama macam jawapan saya yang tadi, saya banyak belajar bila saya travel. Kerana bila kita ke tempat orang kita akan lihat sesuatu yang baru, dan kita akan jumpa orang yang berbeza-beza. Saya suka explore benda baru, lakukan aktiviti yang tak pernah saya buat sebelum ini. Bercuti beri kita ruang untuk melihat the other side of life.”
“Bagi saya orang yang judgemental adalah orang yang tidak pernah berada di luar kotak kehidupannya.”- Ben Amir
“Bila kita berjumpa dan berbual dengan orang baru, tidak kiralah apa agama atau bangsanya, membuatkan kita lebih faham tentang kehidupan. Pemikiran lebih terbuka dan kita tidak judgemental. Pada pendapat saya sebagai manusia kita akan lebih ke hadapan jika kita terbuka untuk memahami kehidupan orang lain.”
Sebelum ini EH! pernah merakamkan wajah Ben untuk halaman ‘Lelaki Bulan Ini’, namun pada waktu itu saya tiada di studio, anak buah yang menyelaras segalanya. Dan ini sebenarnya adalah kali pertama saya melangsungkan penggambaran dengannya. First impression saya tentangnya, saya rasa dia seorang introvert (sama seperti saya), dan pada awalnya dia tidak banyak bicara, namun apabila Amelia muncul di studio, suasana menjadi lebih warm. Jadi ada betulnya bila Ben katakan pada saya dia akan lebih banyak bercakap dengan orang yang sudah kerap berjumpa.
“Ada orang karakternya mudah mesra, baru berjumpa sudah banyak bicara. Saya pula sebaliknya namun tidak bermakna saya tidak mesra. Orang selalu fikir saya begitu. Hakikatnya cuma raut wajah saya memang agak serius. Saya perlukan masa. Tapi bila saya sudah selesa orang pula yang akan suruh saya diam,” selorohnya.
“Okey Ben, last one, pernah Google nama sendiri?”, usik saya. “Memang tak pernah. Kadang-kadang drama lakonan sendiri pun saya tak tengok kerana sibuk. Saya takkan Google nama sendiri atau nak tahu apa yang orang kata tentang saya. Jika ada apa-apa benda baru sekalipun akan ada kawan atau orang terdekat yang akan forward kepada saya. Jadi saya akan tahu jika ada apa-apa isu, tapi untuk Google nama sendiri setiap minggu atau sekali sebulan, memang bukan sayalah orangnya,” Ben mengakhiri bicara.
“Studio Sembang objektifnya adalah untuk orang tahu orang dalam industri punya kesusahan mereka sendiri. Ini adalah platform untuk berkongsi cerita supaya orang tahu dunia hiburan bukan hanya tentang glamor semata.”- Amelia Henderson
Membuka bicara bersama Amelia, saya tertarik dengan satu berita yang berapungan di media sosial tentang niatnya mahu menyertai Miss Universe. Bagi saya itu satu kisah yang menarik, dan saya sendiri mahu tahu sama ada itu sekadar satu gurauan atau sesuatu yang serius dalam pertimbangan. “Ya, saya sedang pertimbangkan fasal niat nak menyertai Miss Universe. Memandangkan pengurusan pun sudah bertukar tangan jadi banyak syarat-syarat baru yang membuka jalan untuk saya menyertainya. Dan dalam masa yang sama banyak hal lain juga harus saya selidik sebelum menyertai pertandingan ini. This is always my dreams. Tapi jika ditanya saya serius atau tidak, jawapannya ya, saya serius.”
Amelia memulakan ‘Studio Sembang’ lewat tahun lalu. Dan saya masih ingat lagi, saya sempat singgah ke pejabatnya sewaktu dia baru saja selesai merakan episod bersama Idris Khan. Waktu itu semuanya masih di peringkat ‘warm-up’, dan hari ini projek bual bicara itu meraih tontonan melebihi 100 juta dalam masa yang sangat singkat. Amelia sendiri tidak menyangka Studio Sembang boleh pergi sejauh ini dan dia tidak pernah meletakkan jumlah tontonan sebagai objektif utama.
“Saya tak sangka Studio Sembang akan berkembang seperti hari ini apatah lagi untuk jadi viral atau mendapat viewship yang tinggi. Dua benda ini bukan sasaran. Its like my baby and of course saya gembira bila tontonannya tinggi dan saya hendak berterima kasih kepada my team sebab merekalah sebenarnya yang merealisasikan idea-idea saya. Dan of course terima kasih setiap guest yang pernah dan akan singgah ke ‘Studio Sembang’. Bagi saya merekalah sebenarnya yang mewujudkan content yang bagus dan memberi impak. Viewship bukan hala tuju utama ia sekadar mahu mewujudkan platform untuk tetamu yang datang berkongsi cerita, untuk orang tahu orang dalam industri seni punya latar kehidupan yang menarik, dan setiap mereka punya kesusahan mereka sendiri untuk berada di mana mereka berada hari ini. Ini adalah platform untuk mereka berkongsi cerita supaya orang tahu dunia hiburan bukan hanya tentang glamor semata.”
“Apakah pelajaran terbesar tentang hidup yang Amelia belajar sejak bergelar selebriti?,” soal saya. “Haha Bids…. (Amelia ketawa), first of all saya tak pernah rasa diri saya selebriti. Saya selalu anggap saya ni pelakon, entertainer dan menerusi Studio Sembang saya juga penerbit dan pengarah selain sebagai hos. Bagi saya pelajaran paling penting yang saya belajar sepanjang karier saya ialah sangat penting untuk kita kekal merendah diri, stay humble dan kita mesti sentiasa bersyukur dengan setiap peluang yang kita dapat. Hal ini saya rasa perlu ada pada setiap orang. Kita memang perlu enjoy the process dan dalam masa yang sama kena ada sikap merendah diri.”
Bagi Amelia setiap apa yang kita miliki dalam dunia ini adalah satu anugerah atau hadiah, ada masanya ia ada, adakalanya tak ada. “Jangan benarkan diri untuk ada perasaan ‘I deserve this’ atau jangan ada rasa orang berhutang dengan you atas apa-apa pencapaian you. Kita kena terus kerja kuat untuk rasa diri kita berhak akan sesuatu. Kita kerna berjuang setiap hari dan continously humble and grateful atas setiap peluang yang datang,” sambungnya.
“Bagaimana Amelia menanam sifat sabar dalam diri? Untuk jadi seorang yang dikenali saya rasa perlu ada sifat sabar yang tinggi. Bagaimana Amelia mengawal rasa marah atau berhadapan dengan kekecewaan mahupun kegagalan?” “Hahaha… Saya tak tahu nak jawab macam mana sebab honestly saya bukanlah orang yang sabar. Saya kena jujur, am not patient at all. Saya suka quick result. Sabar adalah satu hal yang saya masih belajar.”
“Saya sedang belajar bagaimana cara untuk ‘lepaskan tangan’, tak semua benda saya boleh kawal. Bagi saya setiap benda dalam hidup ini sudah ditakdirkan pada waktu yang cantik. Saya tak boleh susun kehidupan, itu semua sudah dirancang sebaiknya pada waktu yang terbaik. Saya kena belajar untuk let go and go with the flow. Kadang-kadang saya rasa thought process adalah ruang untuk saya berhadapan dengan kekecewaan. Waktu saya muda dulu saya selalu stress about it. Saya tak boleh berhadapan dengan apa-apa yang kurang dari apa yang saya expect. Saya kena selalu ingatkan apa yang terjadi bukan up to me, up to me itu hanyalah sejauh mana saya mahu usaha dan cuba. Contohnya untuk Studio Sembang, saya dah cuba sebaik mungkin tapi saya tak boleh kawal penerimaan orang, saya tak boleh kawal apa yang akan jadi viral, semua ini di luar kawalan saya. I have to learn to accept this thing is the way it is, bukan up to me.”
“Kita semua hidup hanya sekali, jika saya give up, saya sebenarnya removing my opportunity from myself.“- Amelia Henderson.
“Jika Amelia boleh simpulkan kehidupan Amelia dalam satu perkataan saja, apa dia?,” tanya saya lagi. “Resilience! Saya tak tahu nak cakap tentang kehidupan saya secara keseluruhan tapi apa yang saya tahu saya bukanlah orang yang cepat putus asa. Saya tak mudah give up. Selagi saya boleh bangun tidur setiap pagi, selagi itulah saya akan bangun dan terus mencuba. Saya tak boleh putus asa. Misalnya jika ada guest yang cakap ‘no’ kepada Studio Sembang, saya akan terus bertanya dan bertanya. Every month saya akan tanya jika dia available atau tidak, apa yang boleh buat mereka selesa untuk datang.”
“Jika kita gagal dengan jalan A, siapa tahu jika kita tak putus asa kita akan berjaya dengan jalan B. Saya dah banyak kali gagal tapi am proud saya tak pernah putus asa. Sekurang-kurangnya dalam hidup saya tak ada kekesalan sebab apa yang saya nak buat saya dah cuba. Kalau tak menjadi pun at least saya dah usaha.”
“Saya bersyukur memiliki keluarga yang sangat penyayang dan supportive. Kalau saya gagal atau rasa down mereka selalu ingatkan yang kita semua hidup hanya sekali, jika saya give up sekarang saya sebenarnya removing my opportunity from myself. I should never give up on my dreams. Keluarga dan passion adalah dua benda yang makes me keep going.”
“Hopefully perjalanan saya jauh lagi. Kehidupan ini singkat tapi dalam masa yang sama kehidupan juga panjang untuk kita buat macam-macam perkara. Selagi daya saya akan terus berusaha dan saya harapa di masa hadapan saya masih ‘resilience’ seperti mana yang saya buat selama ini demi masa depan saya.”