Selepas hampir tiga tahun menjadi pasangan paling hangat diperkatakan di dunia hiburan dan sukan, akhirnya detik yang dinanti jutaan peminat tiba.
Penyanyi sensasi global, Taylor Swift, kini sah bergelar isteri kepada bintang NFL, Travis Kelce, dalam sebuah majlis perkahwinan yang cukup eksklusif dan penuh glamor di Madison Square Garden, New York.

Digelar sebagai “America’s Royal Wedding“, perkahwinan mereka bukan sahaja mencuri perhatian peminat, malah menjadi fenomena budaya pop yang disaksikan seluruh dunia.


Media antarabangsa menyamakan impak majlis ini dengan perkahwinan kerabat diraja Britain, apabila ribuan peminat berkumpul di sekitar lokasi sambil berharap dapat melihat kelibat pasangan pengantin mahupun selebriti yang hadir.
Jus’T&T’ Married! Taylor Swift dan Travis Kelce, happily ever after…
Kisah cinta Taylor Swift dan Travis Kelce bermula pada Julai 2023 apabila pemain Kansas City Chiefs itu menghadiri konsert Eras Tour di Kansas City. Ketika itu, Travis cuba menghadiahkan Taylor seutas friendship bracelet yang mengandungi nombor telefonnya, namun tidak berjaya bertemu penyanyi tersebut.

Tidak lama kemudian, Taylor mendedahkan bahawa beliau menghargai usaha Travis dan hubungan mereka mula berkembang secara perlahan sebelum akhirnya tampil sebagai pasangan secara terbuka. Sejak itu, kedua-duanya sering dilihat saling memberi sokongan dalam kerjaya masing-masing. Taylor hadir ke beberapa perlawanan NFL Travis, manakala Travis pula membuat kemunculan istimewa di pentas Eras Tour di London pada tahun 2024.

Bertunang pada 2025
Pasangan ini mengumumkan pertunangan pada Ogos 2025. Berita tersebut menerima sambutan luar biasa di media sosial, malah menjadi antara pengumuman selebriti paling tular dalam tempoh tersebut.
:max_bytes(150000):strip_icc():focal(749x0:751x2)/Multiple-tented-entrances-are-seen-outside-Madison-Square-Garden-for-the-wedding-of-Taylor-Swift-and-Travis-Kelce-070326-983d4ad451574c438baa83cd23ccc19f.jpg)
Madison Square Garden bertukar menjadi lokasi perkahwinan paling eksklusif
Bukan hotel mewah atau istana, Taylor dan Travis memilih Madison Square Garden sebagai lokasi bersejarah mereka bergelar suami isteri.
Arena ikonik itu dilaporkan diubah suai sepenuhnya menjadi ruang majlis bertemakan taman yang mewah, lengkap dengan dekorasi eksklusif dan kawalan keselamatan yang sangat ketat. Difahamkan, lebih 1,000 tetamu hadir meraikan pasangan tersebut, manakala semua jemputan perlu menandatangani perjanjian kerahsiaan (NDA) bagi memastikan setiap detik majlis kekal eksklusif.
Adam Sandler jadi jurunikah, Dior jadi pilihan Taylor
Pelakon dan pelawak terkenal Adam Sandler diberi penghormatan untuk mengendalikan upacara perkahwinan mereka. Travis pula memilih abangnya, Jason Kelce, sebagai Best Man, manakala Taylor menamakan adiknya, Austin Swift, sebagai Man of Honor.
Untuk hari paling bermakna itu, Taylor tampil anggun mengenakan busana haute couture rekaan Christian Dior, dipadankan dengan barang kemas Cartier dan kasut Christian Louboutin, manakala Travis turut mengenakan sut khas daripada Dior.
Senarai tetamu bertaraf A-List
Seperti dijangka, majlis ini menghimpunkan ramai selebriti terkenal Hollywood dan dunia sukan.
Antara nama yang dilaporkan hadir termasuk Ed Sheeran, Gigi Hadid, Hugh Grant, Bradley Cooper, Dakota Johnson, Jennifer Lawrence, Jimmy Fallon, Emma Stone serta beberapa bintang NFL dan rakan sepasukan Travis Kelce.
Mengapa digelar “America’s Royal Wedding“?
Gelaran “America’s Royal Wedding” mula digunakan oleh media dan pemerhati budaya pop kerana pengaruh luar biasa yang dimiliki Taylor Swift dan Travis Kelce.
Taylor merupakan antara artis paling berpengaruh di dunia, manakala Travis ialah juara Super Bowl dan ikon NFL. Gabungan dua figura besar ini menjadikan hubungan mereka merentasi dunia muzik, hiburan, sukan dan fesyen. Tidak hairanlah media menyamakan fenomena mereka dengan pasangan diraja Britain seperti Putera William dan Kate Middleton atau Putera Harry dan Meghan Markle.
Baca: 10 Album Terlaris Dunia, Taylor Swift dan Beyonce Belum Tersenarai

![Taylor Swift, Travis Kelce Wedding Guests: Celebrity Arrivals [Photos]](https://wwd.com/wp-content/uploads/2026/07/taylor-swift-travis-kelce-wedding-guests-photos.jpg?w=1000&h=563&crop=1)