Amy Schumer sentiasa bersikap terbuka mengenai kesihatannya dengan berkongsi prosedur sedut lemak dan histerektomi yang dijalaninya.
Baru-baru ini Amy turut mendedahkan satu rahsia terbesar dalam hidupnya bersama peminat yang telah lama dipendamnya seorang diri: Dia menghidap trikotilomania.
Menurut pelakon dan pelawak itu, dia telah lama bergelut dengan trikotilomania – gangguan atau tabiat menarik rambut serta bulu – namun berasa amat malu untuk bercakap mengenainya sehingga kini.
Dia mengakui menghidap gangguan mental itu sejak di bangku sekolah di mana dia perlu memakai rambut palsu kerana tidak mampu berhenti daripada tabiat menarik rambut.