Oleh: Farhana Fuad
Gambar: Instagram Amy Search
Terlaksananya impian Amy Search, penyanyi rock terkenal tanah air dalam membuka sekolah tahfiz iaitu Al-Bayan School of Quran & Hadith di Sungai Buloh di sambut baik oleh pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais). Jais juga bahkan mengalu-alukan usaha selebriti tempatan menceburkan diri dalam bidang agama untuk mendirikan sekolah tahfiz.
Gambar: Instagram Amy Search
Menurut penyanyi rock ini, niatnya ini sudah ada sejak 3-4 tahun yang lalu. Namun, niat murninya itu tergantung akibat faktor tertipu dari segi kewangan. Kini Amy bersyukur yang impiannya itu berjaya terlaksana dengan jayanya atas usaha dan kerjasama bersama rakan-rakan ustaz yang Amy kenali.
Gambar: Instagram Amy Search
“Saya memang nak buat sekolah itu. Pasal dulu saya memang berniat untuk ada sekolah tahfiz sendiri. Bagi saya, esok kalau saya tiada, saya tinggalkan suara saya, lagu untuk dunia dan akhirat inilah usaha saya.” ujar Amy.
Gambar: Instagram Amy Search
Amy pernah berhasrat untuk menjadikan sekolah ini satu sekolah yang terbaik kerana setakat ini sekolah yang didirikannya itu baru melalui fasa baru dan kecil-kecilan. Sekolah tahfiz tersebut kini mempunyai 18 orang pelajar serta 5 orang tenaga pengajar.
Sekarang ini Amy Search dalam masa yang sama sedang membuat album terbarunya. Tetapi ia masih dalam pembikinan dan akan bersambung selepas raya nanti. Menurutnya, kini hanya sebuah lagu sudah berjaya terhasil dan dikatakan album tersebut akan mempunyai 5-6 buah lagu dan dijangka siap dalam tahun ini juga.
Gambar: Instagram Amy Search
Ditanya tentang persiapan raya, Amy berkata istimewa tahun ini dia dan keluarga akan beraya di Mekah. Amy akan berangkat ke Tanah Suci pada 7 Julai nanti dan pulang ke tanah air pada 2 Syawal untuk menunaikan umrah.