Berita gembira itu turut dikongsi isteri Amy, Datin NorHasniza Hassan yang memuat naik gambar berdua ketika hadir ke Istana Melaka pada pagi Selasa bagi istiadat pengurniaan darjah berkenaan.
“Satu penghargaan juga kerana isteri saya merupakan orang Melaka dan saya sendiri sangat suka dengan seni reka bangunan di sini. Saya juga berbesar hati untuk bekerjasama dengan Melaka pada masa depan.”
“Pemberian pingat yang membawa gelaran Datuk kepada saya ini tidak akan merubah Amy Search yang semua kenali. Saya tetap Amy Search, penyanyi dan pemain muzik yang dikenali.” kongsi Amy.
Vokalis kumpulan Search itu turut berkongsi bahawa anugerah berkenaan juga dianggap sebagai satu sokongan kepadanya dalam bidang seni yang diceburi lebih 40 tahun itu.