Darjah Kebesaran Melaka diberikan kepada kakitangan awam negeri dan Persekutuan, ahli politik, tokoh korporat, anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pengamal media massa dan ahli-ahli badan sukarelawan.
Istiadat penganugerahan diadakan mengikut tiga sesi iaitu 24 Ogos yang menyaksikan 347 penerima manakala sesi kedua dan ketiga pada 27 Ogos ini menyaksikan 536 penerima berlangsung di Dewan Istiadat, Seri Negeri, Ayer Keroh.
Senarai penerima anugerah kebesaran yang melibatkan 883 individu diketuai oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dikurniakan gelaran Darjah Utama Negeri Melaka (DUNM), membawa gelaran Datuk Seri Utama.