Oleh: Mujahid Saddam
Gambar: TPGVIP
Brooklyn Beckham, anak sulung kepada pasangan bergaya David dan Victoria Beckham semakin mencuri tumpuan kerana wajahnya yang tampan serta penampilan segak. Kini semakin dewasa dan berumur 15 tahun, dia kerap muncul di acara karpet merah serta menjadi buruan lensa kamera.
Brooklyn turut duduk bersama bapanya di barisan hadapan pentas peragaan bagi menyaksikan koleksi terbaru Victoria Beckham sempena Minggu Fesyen New York. Baru-baru ini, khabar angin mengatakan dia menjalin hubungan cinta dengan pelakon filem seram Carrie, Chloe Grace Moretz. Dia dilihat datang memberi sokongan kepada tayangan perdana filem terbaru aktres itu di Los Angeles. Mereka juga sering dilihat bersama malah turut menyaksikan konsert Ed Sheeran berdua.
Mewarisi campuran wajah kedua ibu bapanya yang sememangnya kacak dan jelita, Brooklyn menceburi bidang peragawan dengan membuat kemunculan sulung menghiasi kulit majalah Man About Town.
Gambar: Man About Town