Oleh: Mujahid Saddam
Gambar: Lily-Rose Depp
Lily-Rose Depp iaitu anak kepada pelakon Johnny Depp serta penyanyi Perancis, Vanessa Paradis kini semakin mencuri perhatian dengan menyertai dunia lakonan menerusi watak pembantu dalam filem seram “Tusk” yang bakal menjengah pawagam tidak lama lagi.
Mencecah usia 15 tahun, Lily-Rose mewarisi kecantikan ibunya yang memiliki ciri serta tulang pipi menonjol, diiringi stail gaya cool bapanya. Gambar terbarunya sewaktu menjalani pengambaran filem “Tusk” jelas menunjukkan bahawa gaya dia dipengaruhi bapanya pada era 90an dengan pilihan ceraian boyfriend jeans, simple top dan kasut Dr. Martens.
Gambar: Lily-Rose Depp
Lily bakal muncul bersama bapanya dalam filem aksi pengembaraan “Yoga Hosers” yang juga merupakan kesinambungan wataknya dalam filem “Tusk”. Adakah bakat yang diwarisi sehebat ibu bapanya? Sama-sama kita nantikan.