Selepas berita mengenai Vivian menjadi tular, ciapan lama Elon di Twitter tentang komuniti LGBTQ kembali menjadi perhatian netizen.
Ketua Pegawai Eksekutif Tesla Motors itu sebelum ini dikecam kerana mengkritik penggunaan kata ganti nama pilihan untuk golongan transgender dan bukan binari.
“Saya menyokong trans sepenuhnya, tetapi semua kata ganti nama ini ibarat mimpi ngeri estetik,” tulisnya dua tahun lalu.
Pelabur berusia 51 tahun itu juga mengisytihar sokongannya terhadap Parti Republikan di mana wakil rakyatnya dilaporkan memberi sokongan penuh terhadap perundangan yang akan mengehadkan hak transgender di seluruh Amerika Syarikat.