Hujung nama Depp, Beckham, Jackson, Eastwood, pasti dibenak tergambar wajah kacak mereka. Begitu juga nama Madonna, Lisa Bonet dan Cindy Crawford yang nama mereka cukup besar. Apa pula kisah anak-anak mereka?
Sejak kecil diburu media seiring populariti ibu bapa masing-masing. Terkadang dijerat dengan kisah kontroversi, anak-anak ini menjadi perhatian. Mereka ini cukup bertuah kerana meningkat dewasa dengan kemewahan. Malah, ada di antara mereka mengikut jejak ibu bapa.
Bermodalkan rupa paras menawan, anak-anak ini besar menjadi pelakon, penyanyi dan model tersohor. Tidak sukar mereka mencipta nama. Namun, ada yang telah membuktikan mereka bukan sekadar dibayangi nama keluarga tetapi sebenarnya berbakat besar.