Kehilangan anak di mana-mana sahaja pastinya membuatkan ibu bapa merasa cemas kerana pelbagai kemungkinan yang boleh berlaku kepada yang tersayang.
Siti Sarah Raisuddin baru-baru ini telah mengalami satu situasi cemas pabila anaknya, Zakira Talita telah hilang di sebuah pusat membeli-belah di Kuala Lumpur.
Insiden tersebut sedikit sebanyak telah memberikannya pengajaran dan itu yang membuatkan penyanyi ini ingin berkongsi di laman Instagram.
Disebabkan perkara itu, Sarah mengambil keputusan untuk menggunakan harness demi keselamatan anaknya itu.
Tulisnya di dalam kapsyen sekeping gambar anaknya yang dikongsikan di Instagram yang mana dia akui yang dia salah kerana tidak mengikat anaknya atau harness.
Tidak mahu mempedulikan apa yang orang akan cakap untuk keputusannya itu, dia menganggap tindakannya itu untuk kebaikan serta keselamatan anaknya dari sebarang perkara buruk.
“Salah ibu ya saya akui, patutnya ibu ikat anak ibu. Biarlah apa orang nak cakap. Nak kata ikat kucing ke, ikat …… ke, janji anak ibu tak hilang. Bila saya tanya Talita cakap – “Talita ikut org baik”. Walaupun sebelum ni puas saya ingatkan anak anak supaya jangan ikut orang yang tidak dikenali, tapi mereka hanyalah anak kecil. Siapalah saya untuk beri peringatan, tapi bermula dari kes inilah saya akan mengikat anak saya tanpa saya peduli apa orang nak kata. Janji anak anak saya selamat,” luahnya di Instagram.