Oleh: Farhana Fuad
Gambar: TPGimages
Selama enam bulan terlantar koma di Hospice Care Duluth, Amerika Syarikat kini Bobbi Kristina Brown, anak kepada mendiang lagenda R&B terkenal antarabangsa Whitney Houston disahkan meninggal dunia pada usia 22 tahun semalam. Dua hari sebelum Bobbi ditemui tertiarap di dalam tab mandi di kediamannya yang terletak di Atlanta itu, dikhabarkan seperti karier Bobbi kian meningkat naik apabila tersebar melalui tweet yang dipos di halaman sosial Twitter.
Gambar: TPGimages
Ianya tidak jelas apakah projek terbaru dalam kariernya, tetapi ramai yang beranggapan ia tidak akan selesai dengan sempurna. Melalui kenyataan yang diberikan oleh pihak keluarga Bobbi, dia meninggal pada hari Ahad, semalam dengan dikelilingi oleh ahli keluarganya.
Dalam satu kenyataan keluarganya berterima kasih kepada semua yang tidak putus mendoakan Bobbi sepanjang dia berada dalam koma. Bobbi dikatakan dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam tab mandi di rumahnya pada 31 Januari, hampir 3 tahun selepas hari kejadian mendiang ibunya Whitney Houston yang ditemui mati di dalam tab mandi juga di Beverly Hills pada tahun 2012.
Gambar: TPGimages
Umum mengetahui akan masalah ibu bapa Bobbi iaitu Bobby Brown dan mendiang Whitney Houston yang sekian lama berdepan dengan isu penyalahgunaan dadah. Dilaporkan pula yang Bobbi ketika jatuh berkemungkinan di bawah pengaruh dadah kerana hanya dia yang pertama mengakui pernah mengambil dadah pada satu ketika dahulu. Namun, menurut ahli keluarganya, Bobbi bersumpah yang dia sudah berhenti dari mengambil sebarang jenis dadah pada masa lima bulan sebelum dia jatuh koma.