Oleh: Farhana Fuad
Gambar: Instagram Momapixel
Angah Raja Lawak, seorang pelawak, pelakon dan pengacara selamat diijab kabulkan dengan pasangan pilihannya, Amira Asyura Abdul Razak. Kedua-dua mempelai ini selamat bernikah pada hari Jumaat, bertarikh 19 Februari di kediaman pengantin perempuan yang terletak di Melaka Perdana Resort Homes.
Dengan sekali lafaz, Angah dan Amira dinikahkan oleh Imam 1, Masjid Ar-Rahman Kampung Tun Razak, Mohamad Suhaimi Kassim dan berwalikan datuk Amira, Adruss Omar.
Amira menerima wang hantaran sebanyak RM15,000 dan mas kahwin berupa seutas rantai emai dan sebentuk loket berlian pemberian Angah. Angah turut memberikan enam dulang hantaran dan Amira membalas dengan tujuh dulang.
Malam semalam majlis berinai pasangan ini turut selamat diadakan di kediaman keluarga Amira dengan dihadiri ahli keluarga terdekat.
Menurut laporan BH Online, resepsi majlis kedua-dua mempelai ini bakal berlangsung pada hari Sabtu, bertarikh 20 Februari di Dewan Tun Ali, Bukit Katil, Melaka.
EH! mengucapkan selamat berkahwin dan semoga perkahwinan ini berkekalan sehingga akhir hayat.
[soliloquy slug=”angah-raja-lawak-berkahwin”]