Angel, usianya baru 24 tahun, berbintang Capricorn dan berasal dari Kuching, Sarawak. Satu tarikan fizikal tentunya rambutnya yang hitam pekat mengurai, bibir mungil yang mengundang cemburu. Di atas pentas Angel energetik, seiring tenaga anggota DOLLA yang lain, Tabby dan Sabronzo.
Bermula dari ‘Dolla Make You Wanna’, bersilih ganti lagu menjadi hit, hingga yang terkini MWA! Biar pun bermula berempat dan kini bertiga, ia tidak membataskan langkah lincah tiga gadis ini.
Di hari penggambaran ini, DOLLA baru selesai sidang akhbar untuk satu acara di KLIA2, berkejar-kejar mereka dari Sepang ke Damansara Perdana. Setibanya di studio kami biarkan mereka bertiga menjamah makanan lebih dulu, tidak perlu terburu-buru.
Bertukar tiga baju, bertukar dari rakaman gambar ke video, ada masanya perlu bergaya ala model, ada ketika kami meminta mereka menjadi DOLLA sejati, yang rancak menyanyi menari. Semuanya dilakukan sepenuh hati biar pun cahaya matahari hilang dari memancar di celah-celah tingkap kaca studio. Mencuri waktu ‘rehat’ diantara satu ke satu set, saya duduk sebentar bersama gadis yang lahir pada 2 Januari 2001 ini untuk sesi interviu.
Jika tidak berada di dalam industri muzik, rasanya apa yang dikerjakan ketika ini?
Mungkin terlibat dalam rekaan fesyen. Mungkin saya juga mengurus perniagaan.
Perniagaan apa yang menjadi minat?
Saya mahu terlibat dalam food and beverages.
Dari mana datangnya inspirasi untuk muzik dan persembahan?
Melihat persembahan orang lain khususnya girl group. Saya suka perhatikan stage presence orang lain.
Bagaimana memperbaiki persembahan?
Sama seperti mencari inspirasi, saya memerhatikan persembahan penyanyi lain.
Apakah momen paling memorable sepanjang bermuzik dalam lima ke enam tahun ini?
Konsert pertama DOLLA di Zepp, bila melihat peminat memenuhi tiap ruang dan menyanyikan lagu-lagu kami. Keluarga juga ada bersama. Saya bersyukur apabila dikelilingi orang yang menyokong perjuagan kami dan melihat sejauh mana kami berkembang di dalam industri pada malam itu. Saya bersyukur dan bangga.
Lagu mana yang sangat personal bagi Angel? Mengapa?
‘Here4U’. Lagu ini adalah transisi kami dari berempat menjadi tiga. This song really get us through time, dan bagi saya ia sebuah lagu untuk peminat agar menerima situasi kami.
Biasanya sebelum naik ke pentas, apa yang Angel lakukan?
Saya akan make sure saya pergi ke toilet sekerap mungkin… hahaha, minum banyak air. Saya juga akan banyak bersama dengan orang-orang yang akan perform bersama saya so that saya sedar yang saya bukan sendirian untuk persembahan ini.
Apa yang digayakan di pentas, dan bagaimana Angel membawa diri di atas pentas itu adalah satu karakter atau memang personalitinya sebegitu?
Itu satu karakter pentas semestinya. Di luar pentas saya seorang yang agak pendiam, lebih reserved. Di pentas saya lebih outgoing and lively, karakter dan attitude yang saya bawa di atas pentas mengikut muzik dan vibes.
Bagaimana Angel recharge selepas jadual yang padat, back-to-back?
Saya lebih selesa berada di rumah, do nothing. Jika nak keluar saya akan pergi massage, hair spa. Lebih kepada me time, pakai sheet mask.
Apakah mesej yang harap dapat diserap peminat khsuusnya generasi muda menerusi muzik dan imej Angel?
Saya nak gadis-gadis di luar sana bila mereka melihat kami, mereka akan accept diri mereka seadanya, sayang diri sendiri seadanya.
Siapakah wanita yang memberi inspirasi?
Dari segi muzik, saya boleh kata Rihanna, bagi saya dia seorang wanita yang kuat. Dalam kehidupan, my mom adalah inspirasi saya. She is amazing woman. I’ve seen her cry, sweat, I’ve seen her do everything untuk saya dan keluarga. Dia sentiasa lakukan yang terbaik untuk kami semua, tidak meletakkan dirinya sebagai keutamaan, sentiasa mendahulukan keluarga.
Apa itu cantik?
Bagi saya cantik itu bila kita gembira dengan diri sendiri, feel most confident at your most natural self.
Sebagai sebuah penyanyi wanita berkumpulan, sebahagian peminat melihat DOLLA sebagai simbol empowerment. Apakah tanggungjawab yang datang dengan persepsi ini?
Imej yang kita bawa sebagai role model itu haruslah nampak yakin dan powerful, tapi kami juga mahu tunjukkan yang ada masanya kami juga ada rasa insecure, tak selalu confident, we had bad day, we had bad makeup day. Kami nak orang tahu yang it’s okay to have flaws. Harapnya apa yang kami tunjukkan menjadi inspirasi khsusunya untuk gadis-gadis yang mahu menubuhkan girl group.
Apa yang membuat Angel grounded bila dunia glamor bergerak terlalu pantas?
Keluarga dan kawan-kawan rapat saya.

Apakh legacy yang harapnya akan ditinggalkan, baik sebagai penyanyi berkumpulan atau sebagai individu?
Sebagai sebuah kumpulan kami harap orang akan percaya yang kami ada impak di dalam industri, we keep our standard and always bring the best on the table.
Lagi 10 tahun, how do you want to be remembered?
Saya mahu orang ingat saya adalah seorang gadis yang sentiasa cuba sehabis baik untuk lakukan semuanya in her 20’s.
Apa yang penting dalam persahabatan?
Listening! Menjadi seorang pendengar yang baik adalah best traits dalam persahabatan. Sebagai kawan jika kita tak mendengar apa yang kawan kita mahu kongsikan, we not taking in and tak memahami situasi kawan sendiri, ia bukan satu persahabatan yang genuine.
Pesanan istimewa untuk iDolla?
Untuk iDolla, mereka harus tahu yang saya sentiasa bersyukur dengan sokongan mereka. IDolla sentiasa ada bersama kami walaupun ada masanya kami ambil masa yang lama untuk berehat tanpa lagu atau projek baru. They vote us, beli majalah yang meletakkan kami sebagai cover girls, ‘likes’ our interview and watch everything we do. Bagi saya sokongan iDolla it’s true and genuine.
Okey soalan penutup, apa life goals Angel?
Saya mahu travel keliling dunia, menghadiri fashion show- designer atau jenama yang I look up to. Saya juga mahu melancarkan my own music video for my solo song, mengarah sendiri video muzik saya. Mahu melancarkan perniagaan good and beverages saya. I have so many in the list.
BACA: “Sentiasa Ada Untuk Satu Sama Lain, Persahabatan Itu Kena Ada Tolak Ansur” – Sabronzo, DOLLA