Oleh: Farhana Fuad
Gambar: TPGimages
Pasangan superstar Angelina Jolie Pitt dan Brad Pitt memang tidak asing lagi dengan tindakan murni mengambil anak angkat dari negara berbeza benua. Pitt dan Jolie sebelum ini sudah pun mengambil tiga orang anak angkat iaitu Maddox, 15 tahun dari Kemboja, Pax, 13 tahun dari Vietnam dan Zahara, 11 tahun dari Ethiopia.
Pasangan ini turut dikurniakan tiga orang anak iaitu Shiloh Nouvel, Know Leon dan Viviene Marcheline hasil dari perkahwinan mereka. Kali ini, Jolie dan Pitt mengambil seorang bayi lelaki berusia 16 bulan dari Kemboja sebagai anak angkat yang ke-4 untuk turut serta dalam keluarga besar mereka.
Bahkan, Jolie berjanji untuk menyara keluarga bayi tersebut yang dinamakan Allouy. Ini kerana Jolie tidak menahan melihat kesusahan yang ditampung ibu bapa Allouy yang mempunyai 13 orang anak. Baginya, ini sedikit sebanyak membantu ibu bapa Allouy di Kemboja.
Pengambilan Allouy sebagai anak angkat terdetik ketika dia mengarahkan sebuah filem di Siem Reap, Kemboja yang berjudul First They Killed My Father. Menurut sumber rapat pasangan selebriti Hollywood ini, Jolie sebenarnya merahsiakan kemahuannya untuk mengambil anak angkat tersebut daripada diketahui Pitt.
Jolie merahsiakan hal tersebut dek kerana mereka sudah pun memiliki enam orang anak, yang mana tiga orang anak angkat dan tiga orang anak kandung yang masing-masing kini sedang meningkat remaja.
“Semua urusan pengambilan anak angkat dibuat secara rahsia. Jolie juga dikhabarkan turut berbelanja untuk membantu mengurangkan bebanan keluarga itu,” ujar individu tersebut kepada Radar Online.