Setelah mendapat tahu yang dia mempunyai gen kanser BRCA1 yang meningkatkan risiko untuknya menghidap kanser payudara dan ovari, Angelina Jolie telah membuat satu keputusan yang agak sukar untuk kaum wanita iaitu membuang kedua-dua payudaranya. Pembedahan yang dijalankan pada April lalu telah berjaya dan peluang untuk payudara baru tumbuh hanyalah 5 peratus sahaja.
MAKANAN CEGAH KANSER PAYUDARA >>
Menurut Jolie, dia sanggup menjalani prosedur tersebut kerana ingin melihat anak-anaknya membesar dan kini, mereka tidak perlu takut kehilangan ibu mereka akibat kanser payudara. Jolie juga sangat beruntung kerana suaminya, Brad Pitt menyokong keputusannya itu dan menyifatkannya sebagai tindakan yang sungguh berani. Pitt sentiasa berada di sisinya ketika dia dirawat di Pink Lotus Breast Center.
PANDANGAN ANGELINA JOLIE TENTANG SEKS >>
Menurut Pitt lagi, apa yang diharapkan agar Jolie sentiasa sihat dan panjang umur untuknya bersama keluarga mereka.