Angelina Jolie kembali di mata umum buat pertama kali setelah beberapa bulan mendiamkan diri untuk tayangan perdana filem terbarunya, First They Killed My Father di Kemboja.
Ditemani oleh enam orang anaknya, Maddox, Pax, Zahara, Shiloh dan kembar Knox serta Vivienne, aktres ini tampil di tayangan perdana filemnya bersama King Norodom Sihamoni di Siem Reap Kemboja yang terletak di Terrace of the Elephant, Angkor Wat.
Jolie jatuh cinta dengan Kemboja sejak dia memainkan watak utama dalam filem Lara Croft : Tomb Raider pada tahun 2001 di sana dan kemudian dia mengambil anak angkat pertamanya iaitu Maddox dari rumah anak yatim di Battambang, Mac 2002.
Bercakap tentang filem tersebut, Jolie menyatakan yang mana ia seakan sebuah filem dengan mesej untuk berterima kasih kepada Kemboja.
“Tanpa Kemboja, mungkin saya tidak akan menjadi seorang ibu. Sebahagian dari hati saya sentiasa menyayangi negara ini. Dan sebahagian dari negara ini sentisa bersama saya iaitu Maddox,” ujar Jolie.
Dalam masa yang sama, Jolie turut mengatakan yang mana anaknya itu gembira kerana dapat pulang ke negara kelahirannya.
Ketika ditemui oleh BBC di sana, ibu kepada enam orang anak ini turut sempat membuka mulut mengenai kontroversi penceraiannya dengan Brad Pitt.
“Saya tidak mahu bercakap banyak soal ini, kecuali saya hanya mahu memaklumkan yang mana ia adalah satu situasi yang amat sukar. Dan kami adalah sebuah keluarga dan kami akan sentiasa menjadi sebuah keluarga. Serta kami akan melalui segala dugaan ini dan berharap kami akan menjadi sebuah keluarga yang kuat menghadapi setiap liku,” kata Jolie.
Ketika ditanya mengenai bagaimana dia boleh menempuhi dugaan perpecahan keluarga ini jawabnya, “Keluarga kami sering melalui waktu-waktu sukar sebegini. Fokus saya adalah pada anak-anak dan fokus saya adalah mencari jalan penyelesaian buat perkara ini. Dan seperti yang saya katakan, kami sentiasa dan selamanya akan kekal sebagai sebuah keluarga. Jadi itu cara bagaimana saya melaluinya.”
Bahkan, Jolie sempat menambah yang mana sekarang ini mereka sedang berada pada satu ketika yang mana semua orang dalam sebuah bilik yang sama. Dua ekor hamster dan dua ekor anjing dan dua orang kanak-kanak.
“Ia sangat mengujakan. Tetapi selalunya saya akan bangun dari tidur dan fikirkan siapa yang akan bawa anjing bersiar, siapa yang akan mula menyediakan penkek dan adakah semua orang sudah menggosok gigi,” khabar Jolie sambil tergelak.
Jolie turut menjawab persoalan apakah yang dia nampak apa yang akan berlaku pada dirinya dalam masa lima tahun lagi dan dia menjawab, “Dalam masa lima tahun, saya mahu menjelajah di seluruh dunia melawat anak-anak saya, berharap yang mereka boleh kekal bahagia dan melakukan semua perkara-perkara yang terbaik. Saya sedang membayangkan, di serata tempat di dunia dan saya akan menyokong mereka.”
“Setiap apa yang saya lakukan, saya berharap saya dapat menonjolkan sesuatu dan saya boleh menampilkan perkara yang baik untuk anak-anak dan saya berikan mereka rights sense yang mereka mampu lakukan seperti mana dunia akan melihat mereka, bukannya menerusi prisma Hollywood atau sesuatu jenis kehidupan tetapi membawa mereka ke dunia yang mereka rasakan mempunyai good sense kala dikelilingi orang ramai.