Pastinya ramai yang gemar mencuba makanan tradisi kala melancong, tetapi keberanian Angelina Jolie bersama anak-anaknya pasti tidak boleh ditandingi kerana menu pilihannya di Kemboja adalah tarantula dan kala jengking.
Angelina Jolie sememangnya dikenali sebagai seorang wanita yang mempunyai banyak bakat. Tidak kira sama ada berlakon di layar, membawakan perubahan yang besar dalam sesebuah badan kebajikan atau menjadi seorang ibu yang terkuat di dunia, bintang A-list ini layak mendapat lebih penghargaan.
Mungkin ada satu skill yang peminat tidak tahu ada pada Angelina iaitu dia tidak takut untuk mencuba serangga sebagai snek makanan. Ketika dia menikmati makanan tradisi di Kemboja bersama seorang wartawan BBC, Yalda Hakim, Angelina dan anak-anaknya mengambil keputusan untuk merasai satu pengalaman baru dalam mencuba makanan yang tidak pernah disangkakan.
“Rasanya sebenarnya sedap. Kala jengking ini sukar untuk dikunyah. Saya mula mencuba serangga ini ketika pertama kali saya terbang ke negara ini. Mulanya dengan cengkerik. Cengkerik bersama satu tin bir dan kemudian anda akan mula ingin mencuba tarantula pula,” ujar Angelina di dalam video BBC tersebut.
Ketika segmen BBC tersebut, Angelina menunjukkan anak kembarnya, Knox dan Vivienne cara-cara untuk memasak labah-labah. Tip daripadanya adalah dengan membuang taringnya terlebih dahulu. Kemudian, Vivienne mula membantu ibunya dengan menuangkannya ke dalam kuali bersama perasa tambahan.
“Saya rasa (serangga) selalu menjadi sebahagian diet. Tetapi kemudian saya rasa ada benarnya ia menjadi satu kelangsungan hidup semasa perang. Apabila orang sedang kebuluran, mereka mampu untuk meneruskan hidup dengan serangga seperti ini dan mereka berani untuk melakukannya.
https://www.facebook.com/bbcnews/videos/vb.228735667216/10154419330287217/?type=2&theater