Susulan berita terkini penceraian Brad Pitt dan Angelina Jolie, heroin filem The Tourist itu sedang merancang untuk membawa keenam-enam anaknya berpindah ke London selepas proses penceraiannya selesai.
Jolie ingin mengambil keputusan tersebut kerana dengan tujuan untuk menjauhkan anak-anaknya daripada Pitt selepas mendapat hak penjagaan penuh ke atas enam orang anaknya itu.
Dalam masa yang sama, pemindahan itu juga sebenarnya atas sebab untuk meningkatkat kerjaya serta urusannya bersama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Perancangan untuk berpindah itu juga sebenarnya telah lama difikirkan oleh Jolie yang mana lebih kurang setahun yang lalu pabila mula berhadapan dengan masalah rumah tangga ketika bersama Pitt.
Jolie telah memfailkan penceraian bersama Pitt pada 19 September lepas dan meminta hak penjagaan penuh keatas anak-anaknya termasuklah anak kembarnya, Knox dan Vivienne serta empat orang anak angkatnya iaitu Maddox, Pax, Zahara, dan Shiloh.