Oleh: Farhana Fuad
Gambar: TPGimages
Apabila bercerita tentang perkahwinan selebriti terkenal pastinya dalam pemikiran ramai bahawa ianya sebuah majlis perkahwinan yang indah dan romantik. Tetapi sebenarnya tidak bagi pasangan selebriti Hollywood ini iaitu Brad Pitt dan Angelina Jolie Pitt.
Gambar: lafashionjudge.com
Sememangnya Jolie mengenakan busana mewah dari Versace dan upacara perkahwinan berlangsung di dalam chapel yang terletak di kawasan privasi milik mereka tetapi adakah kalian tahu tentang bagaimana majlis pengikatan dua megastar ini berlangsung?
Menurut laporan dari New York Times, Jolie berkongsi momen ‘I Do’ mereka yang tidak seperti yang ramai sangkakan.
“Majlis ini berlangsung di Perancis, tetapi kami terpaksa melakukan urusan undang-undang di California. Pada suatu hari saya berada di dalam bilik edit dan Brad sedang melakukan sesuatu dan tiba-tiba pembantu kami berkata, ‘Kalian perlu tandatangan beberapa dokumen ini.”
Gambar: thetrustadvisor.com
“Jadi setelah itu kami pulang dan ketika sedang bermesyuarat kami diberitahu, ‘Here’s your license.’ Kemudian seseorang berkata, ‘Hakim itu berada di luar. Saya dan Brad sama-sama berkata, ‘Apa yang kamu maksudkan, hakim berada di luar?’ Kemudian hakim tersebut masuk, dan pada satu ketika, Brad berkata, ‘Tidakkah kami patut berdiri?’ Hakim itu berkata, ‘Tidak.’ Kemudian secara tiba-tiba kami tersedar yang kami sudah pun berkahwin, dengan cara yang paling ringkas sekali,” kata Jolie bersahaja dan dengan reaksi santai dan cool.
Tambahnya lagi “Bagi saya, momen yang besar adalah apabila kami menandatangani dokumen untuk mengambil Maddox dan Zahara sebagai anak angkat,” jelas Jolie lagi. “Itu adalah keputusan sebagai menjadi ibu bapa, komited untuk menjadi sebahagian daripada kehidupan masing-masing untuk sepanjang hidup kami.”