Angelina Jolie dikhabarkan sedang menjalinkan hubungan intim bersama seorang lelaki warga British dan pasangan ini dikatakan sering meluangkan masa bersama di kediaman milik bekas isteri Brad Pitt ini di Malibu.
Jolie dikatakan menetap di kediaman itu beberapa kali sejak penceraiannya bersama Brad Pitt. Khabar angin ini mula tersebar dan dilaporkan oleh beberapa portal hiburan antarabangsa termasuklah Hollywood Life dan In Touch yang menyatakan Jolie mahu merahsiakan perkara ini sebelum dia bersedia untuk berkongsikan kepada umum.
Sumber terdekat dengan Jolie mengatakan yang mana ia agak sukar buat dirinya untuk meneruskan hidup selepas berpisah dengan Brad, tetapi dia kini sedang melakukan yang terbaik untuk menjalinkan hubungan istimewa dengan lelaki tersebut.
“Angelina dan teman lelaki barunya, seorang usahawan British kacak yang mempunyai hubungan politik dan cita-cita yang kuat telah mengadakan pertemuan rahsia beberapa kali di kediaman Angelina di Malibu di mana dia telah tinggal di sana sekali-sekala sejak berpisah dengan Brad,” kata sumber tersebut di dalam laporan Hollywood Life.
Tambahnya lagi, “Dia bertungkus lumus mencari masa untuk dirinya, jadi pabila tiba giliran Brad untuk bersama anak-anak, Angelina akan merancang pertemuan romantis bersama lelaki British berkenaan. Janji temu Angelina segalanya berlaku di sebalik kediaman itu. Makan malam, minum santai, semuanya berlangsung di kediaman privasi Malibu itu dan tidak pernah terlihat di tempat awam. Angelina mendapati yang mana rahsia hubungan mereka itu adalah satu yang seksi dan mengujakan. Dia mahukan proses penceraian itu berjalan dengan lancar di belakangnya dan semua anak-anaknya berada di tempat yang selamat dan sihat sebelum dia pergi bercuti atau pun keluar ke restoran bersama kenalan barunya itu.”
Namun, Brad dikatakan kurang senang dengan tindakan Angelina untuk mula menjalinkan hubungan dengan lelaki tersebut. “Kemungkinan lelaki tersebut bakal meluangkan masa lebih bersama anak-anaknya adalah satu perkara yang menyakitkan dan mengecewakan buat Brad. Brad belum pernah bertemu dengan lelaki tersebut, dia tidak mahu berjumpa, dan dia menganggap lelaki berkenaan adalah orang asing di dalam keluarganya,” jelas sumber terdekat itu kepada In Touch.
Berita ini masih lagi tidak dapat dipastikan kesahihannya dan rata-rata media menantikan penjelasan dari bintang Lara Croft ini.