Bintang filem Hollywood, Angelina Jolie dikhabarkan keluar makan malam bersama dengan pelantun ‘Blinding Light’, The Weeknd di Los Angeles.
Tidak terfikir dan tidak pernah terbayang Angelina Jolie dan The Weeknd akan keluar bersama, namun itulah yang benar-benar berlaku. Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba mereka dilihat keluar makan bersama di Giorgio Baldi, iaitu salah satu restoran pilihan kelompok atasan Hollywood. Angelina Jolie dilihat menyarung gaun hitam dan dipadankan Bersama jaket trench, Manakala The Weeknd menyarung sedondon denim dan but hitam. Usai makan malam tersebut, mereka dilihat keluar restoran secara berasingan, mungkin kerana tidak mahu foto mereka bersama dirakamkan.
Mereka berdua dilihat meluangkan masa bersama berjam-jam di meja makan restoran Itali tersebut dan kelihatan beget serius. Namun ramai pihak media Amerika membuat spekulasi bahawa ‘date night’ tersebut berlangsung atas sebab urusan kerja memandangkan ketika ini The Weeknd atau nama sebenarnya Abe Tesfaye sedang rancak memanjangkan langkahnya di Hollywood sebagai pelakon dan penerbit.
The Weeknd saat ini sedang sibuk dengan siri terbaru untuk HBO Max, ‘The Idol’. Siri tersebut bukan sahaja menyaksikan The Weeknd sebagai pelakon, malah dia juga duduk di kerusi penerbit eksekutif yang mana dia menjalin berkolaborasi dengan Sam Levinson, individu yang bertanggungjawab mencipta siri ‘Euphoria’. The Weeknd Sebelum ini pernah menulis untuk ‘American Dad’ dan pernah juga muncul beraksi di depan lensa sebagai aktor di dalam filem ‘Uncut Gems’ pada tahun 2019, yang mana filem tersebut turut dibintangi oleh Adam Sandler dan Julia Fox.
Angelina Jolie Sebelum ini dikhabarkan sedang berbaik-baik dengan bekas suami pertamanya, Johnny Lee Miller. Dia dilihat berkunjung ke rumah bekas suaminya itu di London bulan lalu. The Weeknd pula masih solo selepas patah hati dengan Bella Hadid (2017) dan Selena Gomez dua tahun lalu.
Artikel Berkaitan: Angelina Jolie Kembali Ke Pangkuan Bekas Suami Pertama?