Bagaikan agensi mencari jodoh, peminat setia teruja membuat pelbagai spekulasi mengenai hubungan selebriti popular, Anna Jobling dan Karel Susanteo, membuatkan peminat dari kedua-dua negara ini tidak sabar menantikan berita gembira dari mereka.
Media sosial sering menjadi medan yang subur bagi spekulasi dan gosip, terutamanya yang berkaitan dengan kehidupan peribadi selebriti. Baru-baru ini, muncul spekulasi mengenai hubungan cinta antara pelakon popular, Anna Jobling, dan pelakon serta penyanyi dari Indonesia, Karel Susanteo.
Anna dan Karel sering berkongsi gambar-gambar misteri di media sosial mereka, mencetuskan tanda tanya di kalangan peminat setia mereka. Pengikut setia mereka juga aktif dalam mencipta teori-teori yang menarik, mencuba untuk menghubungkan setiap petunjuk yang diberikan oleh Anna dan Karel. Gambar-gambar misteri ini telah mencetuskan semangat dalam diri peminat mereka, dengan sesetengahnya mengadakan perbincangan di media sosial untuk membincangkan kemungkinan makna di sebalik setiap gambar.
sumber: Tiktok
Karel Susanteo yang mula dikenali menerusi kumpulan boyband popular, Super7, bersama-sama dengan pelakon popular Indonesia, Bryan Domani. Namun, pada Oktober 2014, dia memutuskan untuk keluar dari kumpulan tersebut. Perhatian semakin terpaling pada Karel apabila abangnya, Ariel Susanteo, dikhabarkan menjalin hubungan cinta bersama pelakon Indonesia, Amanda Rawles.
sumber : Tiktok
Sebelum ini, Karel dikatakan menjalin hubungan cinta dengan Caitlin Halderman yang juga merupakan seorang selebriti popular di Indonesia. Namun, hubungan tersebut dikhbarkan telah berakhir. Nama Caitlin Halderman juga pernah menjadi sebutan apabila dia dan Meerqeen, pernah berinteraksi secara mesra di platform media sosial Instagram. Umun mengetahui, Meerqeen dan Anna Jobling pernah digosipkan bersama selepas membintangi drama popular Melur untuk Firdaus.
Anna Jobling dan Meerqeen, seperti yang kita ketahui, telah membangun reputasi yang kukuh dalam industri hiburan Indonesia dan sering menerima tawaran berlakon di sana. Oleh itu, tidak hairanlan jika mereka sering menjadi bahan gosip bersama selebriti dari negara tersebut.
Terbaharu, peminat-peminat memuatnaik beberapa gambar dan rakanam video Anna Jobling ketika dia menghadiri konser Taylor swift di singapura, yang kemudiannya memunculkan spekulasi bahawa mungkin terdapat pertemuan di antara dia dan Karel Susanteo. Namun, sehingga kini, tiada pengesahan rasmi mengenai hubungan cinta di antara mereka berdua.
sumber: Tiktok
Artikel Berkaitan: Terkejut! Peminat Dari Indonesia Kerumun Meerqeen dan Anna Jobling Di Lapangan Terbang