Watak utama filem Baby Driver iaitu Ansel Elgort dan Lily James diterbangkan ke Malaysia untuk mempromosikan filem tersebut bersama pengarahnya, Edgar Wright.
Kehadiran mereka di karpet merah tayangan perdana filem itu yang berlangsung di Pavilion Kuala Lumpur semalam nyata mendapat sambutan hangat dari pengunjung pusat beli-belah itu beserta ribuan peminat yang menanti di situ.
https://www.instagram.com/p/BWq1KdGALbO/?taken-by=ansel
Sebelum majlis tersebut, mereka turut menghadiri sesi sidang media yang mengambil tempat di The Ritz Carlton Kuala Lumpur. Elgort yang terkenal menerusi filem The Fault In Our Stars mengaku yang dia menikmati pengalaman memakan durian berserta nangka ketika dibawa melawat beberapa tempat di sekitar Kuala Lumpur.
“Saya sangat menikmati durian. Saya juga berpeluang merasa buah nangka dan saya juga sukakannya. Saya sangat sukakan Malaysia,” jelas Elgort ketika berada di sidang media.
Kenikmatannya turut membuatkan Elgort mahu kembali ke Malaysia pada masa akan datang. Bukan itu sahaja, keunikan Malaysia serta peminat-peminatnya yang ternyata tidak henti menyokongnya buatkan pelakon utama yang membawa watak Baby itu mahu mempelajari lebih banyak tentang negara kita ini.
Bahkan, mereka turut sempat melawat kuil di Batu Caves dan Chin Swee Caves di Genting Highlands. Kedatangan selebriti popular ini di Malaysia mula mendapat perhatian ramai pabila Ansel sendiri memuat naik beberapa keping gambar pengembaraannya ke Malaysia.
https://www.instagram.com/p/BWmGuzPA4VI/?taken-by=ansel
https://www.instagram.com/p/BWnLnUzAFgj/?taken-by=ansel
Pengarah filem itu, Wright menyatakan yang dia turut teruja untuk menerokai Malaysia dan menerima sebarang cadangan ke mana dan apa yang mereka patut lakukan. Mereka berada di Malaysia hanya sehingga hari ini.
Filem Baby Driver akan mula ditayangkan di pawagam pada 20 Julai ini.