Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10.
Pelantikan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong selepas perbincangan khas dengan Raja-Raja Melayu di Istana Negara, sebentar tadi.
Menurut kenyataan Istana Negara di sini, hari ini, lstiadat Mengangkat Sumpah Perdana Menteri ke-10 dijadual pada 5 petang ini di lstana Negara.
“Setelah memperhalusi titah pandangan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, Seri Paduka Baginda telah memberi perkenan untuk melantik Yang Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ahli Parlimen Tambun) sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.
“Selaras dengan kuasa baginda yang diperuntukkan di bawah Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan,” demikian menurut kenyataan Istana Negara.
Kenyataan itu menyebut, pada sesi perbincangan khas Raja-Raja Melayu yang dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong, baginda telah berkenan mewasalkan kepada Raja-Raja Melayu bahawa proses pelantikan Perdana Menteri baharu adalah susulan daripada PRU15, Sabtu lalu.
“Perbicangan khas itu juga bertujuan bagi Seri Paduka mendapat pandangan Raja-RajA Melayu untuk membolehkah baginda membuat keputusan yang terbaik demi kepentingan dan kesejahteraan negara serta rakyat.
Artikel berkaitan: Pendarahan Paru-Paru, Nad Zainal Kritikal Di ICU