Perkahwinan rahsia kini menjadi trend di kalangan bintang Hollywood dan Anya Taylor-Joy merupakan selebriti terkini yang mengikuti trend itu.
Menurut Harper’s Bazaar, Anya mengikut jejak langkah Jennifer Lopez dan Ben Affleck dengan melangsungkan perkahwinan rahsia bersama pemuzik Malcolm McRae baru-baru ini.
Pasangan itu mencetuskan spekulasi pertunangan bulan lalu apabila aktres berusia 26 tahun itu dirakam menyarung sebentuk cincin bertatah batu berlian hijau di jari manisnya.
