Tanggal 20 Mei lalu Anzalna menyambut kehadiran orang baharu dalam kehidupannya bersama suami, Mohamad Hanif.
Kini selepas tujuh hari, Anzalna dan Hanif mendedahkan nama serta wajah cahaya mata kedua mereka kepada peminat menerusi satu hantaran di Instagram lewat malam tadi.
“Sebagaimana Sunnah Nabi SAW, setelah cukup tujuh hari, kami ingin mengumumkan selepas ditahnik, anak lelaki tercinta kami dinamakan Mohamad Emirhan Bin Mohamad Hanif yang bermaksud ‘Princely Ruler’.
“Alhamdulillah, semoga membesar menjadi anak yang soleh, berbudi pekerti mulia, pintar, serta berjaya dunia dan akhirat. Amin,” tulis mereka menerusi satu kenyataan bersama.