Menerusi foto yang dikongsi, pasangan itu kelihatan begitu gembira memangku Mohamad Emirhan yang sedang lena beradu. Anak sulung mereka, Mohamad Eidrees dilihat sempat memberi kucupan mesra pada wajah adiknya.
Perkongsian itu mendapat maklum balas positif dan ucapan tahniah daripada peminat serta rakan selebriti.
“Tahniah! Cantik nama, Emirhan,” tulis Fizo Omar.
“Kita geng dua khalifah. Alhamdulillah. Tahniah!” tulis Fouziah Gous.
“The cutest!!! Tak sabar nak jumpa,” tulis Afifah Nasir yang juga ibu saudaranya.