ADAKAH WEDNESDAY AKAN MUNCUL DENGAN MUSIM KEDUA?
Pencipta siri ini, Miles Miller dan Al Gough berkata mereka ingin menerokai lebih banyak lagi mengenai keluarga Addams dalam musim akan datang.
“Kami rasakan kami hanya menyentuh karakter-karakter itu di permukaan sahaja, dan kesemua pelakon berjaya membawa watak mereka dengan sangat baik. Catherine bagi saya adalah Morticia yang ikonik. Hubungan antara Wednesday dan Morticia juga penting dalam siri itu, dan rancangan Wednesday untuk menempa haluan sendiri jauh dari keluarga juga boleh dikembangkan,” kata Miles kepada TVLine.