Setiap tahun, Blake Lively menjadi antara selebriti yang paling mencuri perhatian di karpet merah Met Gala.
Untuk tema ‘In America: An Anthology of Fashion’ tahun ini, Blake menggayakan gaun dramatik Atelier Versace yang berubah rupa dan warna daripada gangsa kepada biru untuk mencerminkan pengoksidaan Patung Liberty. Ia juga menyimpan beberapa butiran tersembunyi mengenai New York City.
Namun jelasnya kepada Vogue minggu lalu, gaun yang disarungnya itu turut memberi penghormatan kepada kepada watak lakonannya dalam Gossip Girl.