MOMEN BAHAGIA PUTERA HARRY & MEGHAN
Treler dokumentari bahagian kedua memaparkan foto keluarga kecil Duke dan Duchess of Sussex. Salah satu detik paling manis yang dikongsi adalah saat di mana pasangan itu meluangkan masa bersama Archie, 3 dan Lili, 1.
Dalam treler itu, Putera Harry dilihat mendukung Lili di atas bahunya manakala Meghan Markle mendukung Archie sambil memandang suaminya dengan pandangan penuh rasa cinta. Terdapat juga beberapa momen kandid antara pasangan itu.
