DAKWAAN PUTERA HARRY MENGENAI PUTERA WILLIAM
Dalam treler yang sama, Putera Harry turut mendedahkan Istana Buckingham tidak mengambil sebarang langkah untuk membantu dirinya dan Meghan.
“Mereka sanggup berbohong demi melindungi abang saya. Mereka tidak pernah mahu menyatakan kebenaran untuk melindungi kami,” ujarnya.
Putera Harry turut bercakap mengenai ‘manipulasi Diraja’ manakala Meghan pula berkata terasa bagaikan ‘diberi makan kepada serigala’ ketika mereka menetap di United Kingdom.