Selain foto bersama kasut gergasi, dia turut berkongsi gambar pantulannya di cermin tingkap dan foto Gomez yang dirakam dari sudut atas. Selebihnya adalah foto dan video tempat-tempat menarik yang mereka lawati di sana.
Sebelum memuat naik foto bulan madu, Grande menghabiskan seminggu sebelum itu mempromosikan video terbaharunya, Safety Net yang turut menampilkan penyanyi rap, Ty Dolla $ign.
Video muzik tersebut telah pun meraih 5.2 juta tontonan sejak dilancarkan pada 7 Julai lalu. Ia merupakan lanjutan kepada video POV yang dilancarkan pada 21 Jun di mana ia meraih lebih 15 juta tontonan sehingga kini. Kedua-dua lagu ini dimuatkan dalam album terbaharunya, Positions yang dilancarkan pada Oktober tahun lalu.