Grade dan Gomez mendirikan rumah tangga pada 15 Mei lalu dalam satu majlis intim di California yang dihadiri oleh ahli keluarga sahaja. Menurut sumber, mereka bertukar ikrar perkahwinan dalam cara tidak formal dan upacara itu sendiri sangat intim dan santai.
Disember tahun lalu, Grande mengumumkan pertunangannya dengan Gomez menerusi satu foto di Instagram berserta kapsyen, “Forever and then some.”
Mereka mula menjalin hubungan pada Januari 2020 dan meluangkan masa berkuarantin bersama di kediaman milik Grande di Los Angeles.
Foto: Amy Sussman/Getty Images
Baca: Siapa Dalton Gomez Yang Berjaya Mencuri Hati Ariana Grande?