“Terapi tidak seharusnya terhad untuk yang berkemampuan sahaja, ia sepatutnya boleh diakses oleh setiap golongan masyarakat. Walaupun saya tahu ia tidak menyelesaikan masalah untuk jangka masa panjang, tetapi saya tetap mahu membantu menerusi cara ini dengan matlamat agar anda turut serta, tidak segan meminta bantuan, dan membuang segala pertimbangan kendiri dari fikiran,” tulisnya di Instagram.
Tambah Grade, dia berharap usaha murni ini akan menjadi titik permulaan buat peminatnya yang menghadapi masalah kesihatan mental dan meletakkan harapan yang tinggi agar mereka meneruskan perjuangan ini sehingga pulih.
“Pulih bukanlah satu jalan lurus dan mudah, tetapi usaha dan masa yang anda luangkan pasti berbaloi!,” tambahnya.