Sahih! BTS 2026 World Tour bakal mengadakan konsert di Kuala Lumpur pada 12hb dan 13hb Disember 2026!
Berita yang paling dinanti-nantikan oleh peminat K-pop akhirnya menjadi kenyataan apabila kumpulan sensasi global, BTS, disahkan bakal mengadakan konsert di Kuala Lumpur.
Pengumuman ini sekali gus mencetuskan keterujaan luar biasa dalam kalangan ARMY Malaysia, yang telah menunggu lebih sedekad untuk menyaksikan tujuh jejaka ini beraksi secara langsung di tanah air.

Kali terakhir BTS menjejakkan kaki ke Malaysia adalah pada tahun 2015, ketika mereka masih berada di fasa awal kerjaya antarabangsa.
Sejak itu, nama BTS melonjak menjadi fenomena dunia, memecah rekod carta muzik, menjual stadium di seluruh dunia dan membina komuniti peminat yang amat besar dan setia.

Persiapan ARMY BTS 2026 World Tour bermula dari sekarang:
Dengan berita ini, ramai peminat sudah mula:
- Merancang bajet tiket dan perjalanan
- Mengatur cuti lebih awal
- Bersiap sedia dengan projek sokongan peminat
- Merancang outfit konsert ungu ikonik ARMY
BTS akan memulakan jelajah terbaharu mereka dengan persembahan selama tiga malam di Stadium Goyang, Korea Selatan pada 9, 11 dan 12 April.
Harga tiket untuk konsert di Korea Selatan ini ditawarkan antara 198,000 won (sekitar S$172.80) hingga 264,000 won (sekitar S$230.40), bergantung kepada kategori tempat duduk.
Dan antara hari terpanjang di Asia Tenggara ialah Singapura, selama empat hari pada 17, 19, 20 dan 22 Disember 2026.
Tujuh ahli BTS iaitu Jin, Suga, J-Hope, RM, Jimin, V dan Jungkook bakal kembali berkongsi satu pentas, sekali gus menjadikan konsert ini antara yang paling dinanti oleh peminat.
