BTS baru sahaja menghiburkan peminat selama empat hari di Las Vegas bulan lalu sempena konsert Permission To Dance On Stage.
Malangnya, BTS mengesahkan mereka tidak akan kembali ke bandar raya itu untuk menghadiri Billboard Music Awards 2022 yang bakal berlangsung pada 15 Mei ini.
Menurut Allkpop, keputusan tersebut dibuat kerana kumpulan K-Pop tersohor itu kini sedang memberi tumpuan penuh pada album baharu mereka berjudul Proof yang bakal menemui peminat pada 10 Jun akan datang.
RM, Suga, V, Jin, Jimin, J-Hope dan Jungkook dilaporkan tidak akan menghadiri sebarang majlis anugerah sehingga Proof dilancarkan namun akan memberi ucapan kemenangan menerusi video jika dinobat sebagai pemenang.