Siapa menyangka, keputusan itu mendapat maklum balas positif daripada segelintir peminat fanatik BTS atau ARMY yang meluahkan kegembiraan mereka di media sosial. Namun apakah sebabnya?
Dalam wawancara terakhir BTS bersama Billboard, ARMY secara tidak langsung dituduh memanipulasi carta dengan melakukan pembelian lagu secara besar-besaran.
Tuduhan ini muncul selepas Butter yang dilancarkan pada Mei 2021 menjadi lagu nombor satu paling lama dalam carta Billboard Hot 100 selepas mengunggulinya selama 10 minggu.
Billboard kemudiannya mengubah peraturan pembelian digital, menjadikannya lebih sukar untuk peminat membeli muzik dan menyokong artis kesayangan, sekali gus mencetuskan kemarahan mereka.