Beberapa peminat dilihat masih menyimpan dendam terhadap Billboard dan melepaskan rasa tidak puas hati mereka di Twitter.
“Sejujurnya saya gembira apabila mendapat tahu mereka tidak akan menghadiri acara itu tahun ini. Album baharu mereka jauh lebih penting daripada Billboard Music Awards.”
“Saya sangat gembira kerana mereka tidak akan hadir. Billboard tidak akan mendapat tumpuan seperti yang diimpikan. Namun saya juga memikirkan tentang persembahan hebat mereka yang kita akan terlepas.”
“Saya menyokong keputusan mereka. Billboard tidak layak menerima kehadiran BTS setelah apa yang mereka lakukan,” tulis beberapa peminat.