Pada 2017, BTS menjadi kumpulan K-Pop pertama yang tercalon dan memenangi anugerah Billboard, seterusnya membawa pulang trofi kemenangan setiap tahun.
Tahun ini kumpulan itu mendapat tujuh pencalonan untuk lagu Butter dan Permission To Dance dalam enam kategori iaitu Top Duo/Group, Top Song Sales Artist, Top Billboard Global (Excl. U.S.) Artist, Top Selling Song (dua pencalonan), Top Billboard Global (Excl. U.S.) Song dan Top Rock Song (untuk lagu My Universe bersama Coldplay).
Ia mencatat rekod sebagai pencalonan terbanyak yang pernah diterima oleh mana-mana kumpulan atau duo dalam sejarah Billboard.
Foto: Getty Images