Peminat Korea, masa untuk bersedia! idola kegemaran anda akan turun ke sini tak lama lagi.
Buat peminat Korea, bersedia untuk detik yang dinanti-nantikan! Tidak lama lagi, Malaysia bakal menjadi destinasi tumpuan apabila artis Korea terkenal akan menjejakkan kaki ke sini. Sama ada anda peminat tegar K-pop, K-drama atau sekadar ingin merasai kehangatan budaya Korea secara dekat, inilah peluang anda untuk menyaksikan idola kegemaran anda secara live di hadapan mata.
Lee Jong Suk dan Mun Ka Young

Lee Jong Suk dan Mun Ka-young datang ke Malaysia untuk mengadakan acara tayangan khas episod terakhir drama mereka, Law and the City, bersama lebih daripada 1,000 peminat bertuah. Acara ini turut disertai dengan sidang media dan sesi karpet merah yang akan berlangsung pada 10 Ogos 2025, di Pavilion KL dan DADI Cinema. Malaysia terpilih kerana sambutan luar biasa terhadap drama ini serta minat tinggi peminat tempatan, menjadikannya destinasi pertama dan satu-satunya di Asia Tenggara untuk acara ini.
Tarikh: 10 Ogos 2025
Jam: 7pm
Lokasi: Pavilion KL
Mun Ka Young

Mun Ka-young dijadualkan membuat penampilan khas pada 12 Ogos 2025, bukan 10 Ogos. Dia akan hadir sebagai duta global Dolce & Gabbana Beauty dan dijangka muncul di sebuah acara kecantikan yang diadakan di kedai Dolce & Gabbana Beauty.
Tarikh: 12 Ogos 2025
Jam: 2pm
Lokasi: Dolce & Gabbana, Pavilion KL
Jang Dong Woo
Jang Dong Woo (anggota INFINITE) dijadualkan datang ke Malaysia untuk mengadakan fan-con solo pertamanya di Kuala Lumpur yang diberi nama “CONNECTION” FAN-CON TOUR
Tarikh: 15 Ogos 2025
Jam: 8pm
Lokasi: ZEPP KL
RIIZE
RIIZE akan datang ke Malaysia! Mereka dijadualkan mengadakan konsert pertama mereka di Kuala Lumpur sebagai sebahagian daripada jelajah Asia mereka, RIIZING LOUD.
Tarikh: 16 Ogos 2025
Jam: 5pm
Lokasi: Idea Live KL
Baekhyun
Baekhyun daripada EXO, dijadualkan untuk mengadakan konsert solo pertama dalam jelajah dunia “Reverie”.
Tarikh: 23 Ogos 2025
Jam: 8pm
Lokasi: Idea Live KL
Lee Jun Young
Lee Jun-young akan datang ke Malaysia untuk “fan meeting” solo pertamanya dalam jelajah Asia beliau yang dinamakan “Scene by JUNYOUNG”
Tarikh: 30 Ogos 2025
Jam: 6pm
Lokasi: Jio Space
Doh Kyungsoo
Doh Kyungsoo (lebih dikenali sebagai D.O. daripada EXO) akan datang ke Malaysia untuk mengadakan konsert solo penuh pertama beliau sebagai sebahagian daripada jelajah Asia bertajuk “DO it!”.
Tarikh: 30 Ogos 2025
Lokasi: Axiata Arena
Park Bo Gum
Park Bo-gum sedang dijadualkan datang ke Malaysia untuk sebuah acara fan meeting rasmi! Dia akan berhenti di Kuala Lumpur sebagai sebahagian daripada jelajah “Be With You” pada:
Tarikh: 13 September 2025
Lokasi: Idea Live
Irene dan Seulgi (Red Velvet)
Irene dan Seulgi daripada sub-unit Red Velvet akan datang ke Kuala Lumpur untuk mengadakan konsert solo mereka yang pertama di Malaysia dalam jelajah Asia bertajuk “2025 Irene & Seulgi Concert Tour [BALANCE]”.
Tarikh: 13 September 2025
Jam: 6pm
Lokasi: Mega Star Arena
Jung Yong Hwa
Jung Yong-hwa, frontman kumpulan CNBLUE, bakal hadir ke Malaysia untuk mengadakan konsert solo pertamanya di negara ini! Acara “2025 JUNG YONG HWA LIVE ‘Director’s Cut: Our Fine Days’”.
Tarikh: 14 September 2025
Jam: 7pm
Lokasi: Mega Star Arena KL
Seo In Guk
Seo In-guk akan datang ke Malaysia! Beliau akan mengadakan fan meeting dalam jelajah Asia bertajuk “Heart Cookie”.
Tarikh: 10 Oktober 2025
Jam: 8pm
Lokasi: HGH Convention CentrE
Jackson Wang
Jackson Wang dijadualkan untuk datang ke Kuala Lumpur, Malaysia sebagai sebahagian daripada jelajah solo beliau, “MAGICMAN 2 World Tour 2025–2026”.
Tarikh: 15 Oktober 2025
Lokasi: Kuala Lumpur
ZeroBaseOne
Zerobaseone dijadualkan untuk datang ke Kuala Lumpur, Malaysia sebagai sebahagian daripada jelajah dunia “Here & Now World Tour 2025”, yang merupakan jelajah Asia kedua selepas Timeless World.
Tarikh: 8 November 2025
Lokasi: Idea Live KL
Jeff Satur
Jeff Satur dijangka akan datang ke Malaysia sebagai sebahagian daripada jelajah solonya, “RED GIANT TOUR 2025”!
Tarikh: 15 November 2025
Lokasi: Zepp KL
NCT Dream
NCT Dream akan kembali ke Malaysia untuk mengadakan konsert dua hari penuh sebagai penutup jelajah Asia mereka, “The Dream Show 4: Dream The Future”!
Tarikh: 13 dan 14 Disember 2025
Lokasi: Axiata Arena
Baca:
Throwback! Ini 10 K-Drama Paling Menghantui Jiwa