Ogos amat istimewa buat kita semua kerana ia adalah bulan di mana Malaysia bebas daripada cengkaman penjajah dan mencapai merdeka.
Namun ia lebih bermakna buat beberapa artis tempatan yang menyambut ulang tahun kelahiran atau menimang cahaya mata mereka pada bulan ini. Tahun lalu anak sulung pasangan pelakon, Pekin Ibrahim dan Mona Allen dilahirkan pada tarikh keramat, 31 Ogos.
Khabar gembira itu dikongsi menerusi satu hantaran ringkas yang dimuat naik di akaun Instagram Mona. “Alhamdulillah. Terima kasih atas doa anda. Mummy dan baby selamat. Bayi Merdeka lahir pada 2.39 pagi tadi,” tulisnya.
Pelakon dan penyampai radio, Issey Fazlisham turut menimang bayi merdeka pada 31 Ogos 2021 jam 1.48 petang yang diberi nama Faaeq Fathiah.
EH! kongsikan beberapa selebriti tempatan terkenal yang lahir pada bulan merdeka
Amyra Rosli – 24 Ogos 1991

Ummi Nazeera – 20 Ogos 1990

Stacy Anam – 18 Ogos 1990

Shila Amzah – 13 Ogos 1990
Sharnaaz Ahmad – 30 Ogos 1985

Hanez Suraya – 22 Ogos 1985

Faezah Elai – 16 Ogos 1982

Mawi – 25 Ogos 1981

Awal Ashaari – 6 Ogos 1981

