Sebelum ini, menerusi video temubual EH! Korea Buzz bersama bintang k-pop kumpulan JJCC, Eddy seorang ahli di dalam kumpulan itu memilih Ayda Jebat sebagai wanita kesukaannya dari enam orang selebriti tempatan termasuklah Datuk Siti Nurhaliza, Emma Maembong, Mira Filzah, Yuna, dan Nora Danish.
Eddy yang mana seorang ahli JJCC yang fasih berbahasa Inggeris mengaku jatuh cinta pada Ayda tatkala melihat gambar penyanyi popular ini.
“Bagi saya, saya suka Ayda Jebat. Dia tampak seperti seorang wanita yang tinggi dan dia seakan seorang wanita yang saya ingin jaga,” jelas Eddy menerusi video rakaman bersama kumpulan kpopnya.
Demi mendapatkan respon balas dari Ayda sendiri berikutan pengakuan Eddy, EH! sempat menemubual bintang yang terkenal ini ketika malam Anugerah Stail EH! 2017 yang sekaligus menjadikan Ayda sebagai pemenang kategori Selebriti Pilihan Kulit Majalah di acara itu.
1. Apa perasaan Ayda selepas Eddy JJCC memilih Ayda sebagai wanita pilihannya daripada enam orang selebriti tempatan lain?
“Saya gembira dan semestinya terkejut. Tetapi sebenarnya saya terkejut kenapa saya turut tersenarai di dalam senarai itu. Sebab di dalam senarai itu ada yang cantik, comel, tetapi tiba-tiba terselit pula saya di dalam senarai itu. Kenapa pula saya yang nakal ini turut ada di dalam senarai itu? Mungkin Eddy seorang lelaki yang nakal juga rasanya. Jadi, saya nak ucapkan terima kasih sangat buat Eddy. Harap nanti bolehlah kita berkolaborasi atau apa-apa sahaja,” jelasnya sambil tertawa.
2. Sememangnya Ayda tidak pernah berjumpa dengan Eddy JJCC, tetapi adakah Eddy merupakan lelaki citarasa buat diri Ayda?
“Ok sahaja. Saya tiada masalah dari segi pemilihan untuk menjadi ‘boyfriend’ ke, saya ok sahaja. Asalkan dia masih ‘single’,” terang Ayda sambil ketawa.
3. Adakah Ayda teringin untuk berjumpa dengan Eddy JJCC?
“Of course, tetapi semestinya kita tahu yang mana selebriti Korea memang agak sukar kita jumpa, lebih-lebih lagi sukar untuk mengambil gambar. Sekuriti semestinya sangat ketat dan tegas. Kalau saya dapat berjumpa dengan Eddy, semestinya itu yang paling menggembirakan,” kata Ayda spontan sambil bertanya jika ada peluang untuk menemukannya bersama Eddy.
4. Ucapan Ayda buat Eddy JJCC.
“Eddy, I would like to meet you and take photos with you,” ucap Ayda sebelum menghabiskan wawancara.