Pasangan selebriti Hollywood tersohor ini mengakui dalam satu temubual podcast, bahawa biasanya mereka tidak mandi dan hanya mencuci alat sulit sahaja.
Aktor, Ashton Kutcher dan isterinya, Mila Kunis membuat pengakuan bahawa mereka jarang mandi dan biasanya hanya mencuci alat sulit mereka sahaja. Pengakuan ini dilakukan dalam satu temubual di podcast ‘Armchair Expert’ oleh Dax Shepard.
Dalam temubual podcast itu, Shepard memberitahu pasangan pengacaranya, Monica Padman bahawa penggunaan sabun setiap hari akan menyingkirkan minyak semula jadi yang ada pada kulit badan. Kenyataan itu kemudian disambut dengan kenyataan Ashton dan Mila yang mengakui mereka berdua memang jarang bersiram atau mandi.
Padman kemudian mengajukan soalan, “siapa yang mnegajar kalian berdua untuk tidak mandi?”. Mila menjawab, “Sewaktu kecil rumah saya tidak mempunyai air panas, jadi sewaktu membesar saya memang jarang mandi.” Mila turut mengaku bahawa dia turut mewariskan tabiaat tersebut kepada anak-anaknya. “Saya bukanlah jenis ibu yang memandikan anak-anak yang baru lahir,” tambahnya lagi dalam temubual itu.
Ashton Kutcher pula menambah, anak-anak mereka kini sedang membesar dan mereka dididik dengan rejim membersihkan tubuh tersendiri, yang mana hanya membersihkan bahagian yang ada kotoran sahaja. “Jika mereka nampak ada bahagian yang kotor, cuci bahagian itu sahaja. Jika tada kotoran, tak perlu,” ungkapnya. Bekas suami Demi Moore ini juga mengakui bahawa dia hanya menggunakan sabun pada bahagian bawah lengannya (ketiak) dan alat sulitnya sahaja setiap hari. “Nothing else ever,” bicaranya lagi. Menurut Ashton lagi dia hanya menyimbah air pada mukanya pada bila-bila masa selepas bersenam untuk menyingkirkan peluh.
Kenyataan Mila dan Ashton di dalam temubual podcast itu mendapat perhatian netizen dan di ruangan Twitter dipenuhi dengan reaksi jenaka atau memes oleh pengguna aplikasi media sosial tersebut. Antara reaksi yang mendapat perhatian ialah, seorang penggunaa Twitter, Heres Kellie menulis, “Ashton Kutcher and Mila Kunis treat their kids like I treat my jeans.”
Ashton Kutcher dan Mila Kunis mula berkenalan pada April 2012 dan mengikat tali pertunangan dua tahun kemudian. Mereka berkahwin di California pada Julai 2015 dan dikurniakan dengan sepasang cahaya mata, anak perempuan mereka, Wyatt Isabelle berusia enam tahun dan anak lelaki mereka, Dimitri Portwood berusia empat tahun.
Artikel Berkaitan: 12 Selebriti Wanita Paling Banyak Kali Berkahwin