AsiaTop Music Festival 2026 kini datang untuk menggegarkan Malaysia dengan lineup artis yang luar biasa.
AsiaTop Music Festival 2026 kembali lagi dengan skala yang lebih besar. Bertempat di Sepang International Circuit pada 30 dan 31 Mei 2026, acara dua hari ini dijangka jadi tumpuan utama peminat muzik seluruh rantau.
Dengan sokongan Hong Leong Bank serta kolaborasi bersama Tencent Music Entertainment melalui JOOX dan QQ Music, festival ini hadir dengan setlist lebih besar, lebih gempak dan penuh jangkaan.
Ini merupakan antara lineup artis yang ditunggu-tunggu:
CxM, Duo SEVENTEEN Scoups Dan Mingyu

Tidak mengejutkan, kehadiran CxM (S.Coups & Mingyu) di AsiaTop Music Festival 2026 menjadi antara momen paling dinanti, membawa reputasi SEVENTEEN sebagai antara yang paling reliable dan impactful di pentas Asia.
Pengumuman ini turut mencuri perhatian, dengan status global mereka, vokal stabil dan stage presence yang sentiasa polished menjadikan persembahan kali ini antara yang paling dinantikan.
TWS

Kejutan terbesar dalam lineup kali ini datang apabila TWS diumumkan menandakan kehadiran lebih jelas ekosistem HYBE di Malaysia. Dengan identiti TWS yang fresh dan youthful, kemunculan mereka di pentas ini terasa seperti pembukaan yang lebih besar kepada peminat k-pop.
Daesung

Sebagai pelengkap lineup, Daesung turut diumumkan sebagai special guest di AsiaTop Music Festival 2026, membawa aura legenda K-pop dengan vokal yang distinctive dan stage presence yang sudah lama menjadi signatur, sekali gus menambah dimensi berbeza kepada keseluruhan pengalaman festival ini.
KUN

Dikenali dengan kebolehan menghasilkan muzik sendiri, KUN menggabungkan elemen pop dan R&B untuk mencipta bunyi yang moden dan smooth di AsiaTop Music Festival 2026.
NMIXX

NMIXX membawa identiti yang unik ke dalam barisan AsiaTop Music Festival 2026, dikenali dengan “mixx pop” mereka yang menggabungkan pelbagai genre dalam satu lagu, daripada pop, hip-hop hingga elemen eksperimental, menjadikan setiap lagu terasa dinamik, tidak dijangka, namun tetap tersusun dengan gaya tersendiri.
CRAVITY

Terdiri daripada 9 ahli kumpulan, dikenali dengan konsep “performance-driven”, CRAVITY menjadikan mereka antara lineup yang menambah intensiti di AsiaTop Music Festival 2026. Sebelum ini, mereka juga pernah tampil di Kpop Masterz, membuktikan kemampuan mereka menguasai pentas berskala besar.
WINNER

WINNER dikenali dengan vokal clean serta muzik yang mellow, sekali gus menghidupkan lagi kenangan untuk peminat setia dalam AsiaTop Music Festival 2026.
STAYC

STAYC mempamerkan versatility di AsiaTop Music Festival 2026, dari energy lagu bertenaga hingga sisi lebih lembut, menyerlahkan kekuatan vokal mereka. (Ahli Sieun tidak akan turut serta atas jadual peribadi.)
82MAJOR

Fresh off their comeback dengan album FEELM, 82MAJOR akan tampil di AsiaTop Music Festival 2026, dengan vokal yang kuat dan stage presence yang mencuri perhatian serta-merta.
Aina Abdul

Aina Abdul tampil mewakili Malaysia di AsiaTop Music Festival 2026, menjadi bukti serta usaha untuk meluaskan lagi pengiktirafan kebolehan artis Malaysia di pentas Asia.
Belle Sisoski

Belle Sisoski, a very talented musician, membawa gabungan muzik tradisional dan elektronik ke AsiaTop Music Festival 2026 dengan identiti bunyi yang unik.
NexT1DE

Dengan youthful energy, NexT1DE, global boyband tampil membawa gelombang muzik baharu ke AsiaTop Music Festival 2026.
Firdhaus

Seorang lagi wakil Malaysia, Firdhaus, hadir memeriahkan AsiaTop Music Festival 2026 dengan penulisan lagu yang penuh emosi dan sentuhan muzik yang dekat di hati.
Uriah See

Uriah See muncul di AsiaTop Music Festival 2026 dengan aura penuh emosi dan vokal yang terus “hit”, membawa identiti artis Malaysia yang versatil dari penulisan lagu sampai ke pentas.
Win Metawin

Bagi peminat Thai, Win Metawin melengkapkan AsiaTop Music Festival 2026 dengan aura bintang Asia yang effortlessly charming.
Butterbear

Butterbear turut mencuri perhatian di AsiaTop Music Festival 2026 dengan persona comel dan vibe yang playful, menambah elemen fun dan unik kepada keseluruhan festival.
